PERKHIDMATAN
Utama » Tentang kita » Perkhidmatan
SKEMA REKA BENTUK
BRD berdedikasi memberikan penyelesaian projek yang memuaskan kepada semua pelanggan, di mana bahagian rekabentuk dan kejuruteraan memainkan peranan yang paling penting.
BRD menempatkan pasukan jurutera yang berpengalaman yang terdiri daripada ahli CAD dan 3D untuk menghasilkan rekabentuk projek yang mengikut piawaian yang ditetapkan. Turut bekerjasama adalah kumpulan R & D dan pemasang-pemasang mahir, dimana reka bentuk senibina/struktur diberikan secara percuma.
PEMBUATAN

Menempatkan 40 orang pekerja kilang sepenuh masa dan menggunakan teknologi penghasilan yang maju seperti pemotongan laser, garisan penghasilan automatik dan lain lain. Dengan keluasan kawasan melebihi 3000 meter persegi, BRD mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 3000 meter persegi sehari dan membuat penghantaran sekaligus tepat pada masanya.

Produk BRD mendapat pengesahan CE & ISO dan telah diuji dan mendapat pencapaian standard serantau. Berdasarkan sistem pengurusan ISO 9001, kakitangan bahagian Kawalan Kualiti dan pengurus bahagian R & D tidak hanya menitik beratkan kualiti produk, malah memberikan yang terbaik kearah inovasi binaan modular yang lestari dan cekap tenaga.
PEMBELIAN

Sebagai sebuah sistem bangunan modular, sangat penting untuk menyediakan aksesori yang berkaitan dengan kabin modular. Dengan kumpulan pembelian profesional, BRD dapat memberikan pilihan aksesori yang bernilai dan sesuai untuk pelanggan.

PEMASANGAN & KOMISEN
 
Kesemua bahan berkaitan produk kami adalah berkaitan dengan perkara berikut:

Kerja Bumi
Kejuruteraan awam
Asas
Pembinaan Bangunan
Kejuruteraan saluran paip
Kerja juruelektrik
 
BRD akan menghantar kakitangan teknikal profesional untuk memberi bimbingan di lokasi pelanggan.

PENGANGKUTAN

Kilang BRD terletak berdekatan dengan Pelabuhan Kelang dengan pilihan logistik yang lebih fleksibel untuk produk bekas kilang. Tambahan lagi, produk BRD sangat mudah bagi pengangkutan ke seluruh tempat di serata dunia, dari Afrika, Timur Tengah, Amerika Selatan, ke Amerika Utara, Eropah, Australia dan sebagainya.

PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN

Dengan pengetahuan dan pengalaman BRD dalam bidang pembinaan, setiap projek yang dijalankan menjadi lebih mudah dan lancar.

Laman web yang berkaitan

PRODUK - PRODUK

HUBUNGI KAMI

: +60 11 2281 7777
:brdmaterial@gmail.com
:+60 11 2281 7777
:Lot 577, Jalan Merbau, Kampung Perepat, Batu 7 1/2 Jalan Kapar, 42200 Kapar, Selangor, Malaysia.
Hak Cipta © BRD New Materials (Malaysia) Sdn.Bhd. Semua Hak Cipta Terpelihara Sokongan Teknikal: CoverWeb