BERITA
Utama » Berita » Berita » Berapa Kos Panel Sandwich di Malaysia?

Berapa Kos Panel Sandwich di Malaysia?

Views:8     Pengarang:Editor tapak     Masa Terbitkan: 2025-09-12      Asal:Tapak

Panel sandwich semakin menjadi pilihan utama dalam pembinaan di Malaysia, terutamanya untuk kilang, gudang, stor sejuk dan fasiliti bilik bersih. Satu soalan yang kerap ditanya di BRD ialah:


“Berapa kos panel sandwich di Malaysia?”


Artikal ini menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi harga panel sandwich, dan apa yang perlu dipertimbangkan oleh pemilik projek sebelum membuat pembelian.

sandwich panel construction

Apakah Itu Panel Sandwich?

Panel sandwich ialah bahan binaan komposit yang terdiri daripada dua lapisan keluli dengan teras penebat di tengah. Teras ini biasanya menggunakan Polyurethane (PU), Rockwool, atau Expanded Polystyrene (EPS).


Penggunaannya termasuk:

  1. Dinding dan bumbung kilang

  2. Stor sejuk

  3. Bilik bersih (cleanrooms)

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Harga Panel

Menurut pasukan teknikal dan jualan BRD, beberapa faktor yang mempengaruhi kos keseluruhan panel sandwich adalah:


1. Jenis Bahan Teras

Teras menentukan penebatan haba, rintangan kebakaran dan kos.

  • PU: Penebatan haba yang sangat baik, sesuai untuk stor sejuk dan freezer. Harga sederhana.

  • Rockwool: Tahan api tinggi dan penebatan bunyi yang baik. Projek spesifikasi tinggi seperti cleanroom atau keperluan kebakaran memerlukan Rockwool. Harga lebih tinggi.

  • EPS: Paling ekonomikal. Memberi penebatan asas tetapi tidak tahan api. Sesuai untuk bajet atau struktur sementara.


2. Ketebalan Panel

Panel tersedia dalam pelbagai ketebalan seperti 50mm, 75mm, 100mm, 150mm, dan 200mm.

  • Untuk stor sejuk, biasanya 100mm atau 150mm diperlukan.

  • Untuk dinding biasa, 50-75mm sudah mencukupi dalam banyak kes.


3. Ketebalan & Salutan Lembaran Keluli

Panel disaluti dengan lembaran keluli berwarna (PPGI) atau pilihan aluminium. Ketebalan dan kualiti salutan mempengaruhi ketahanan dan kos.Lembaran keluli biasa antara 0.4mm hingga 0.6mm.

sandwich panel reference project

4. Saiz Panel & Penyesuaian

  • Lebar standard ialah kira-kira 1 meter.

  • Panjang boleh dikustom mengikut keperluan bangunan, biasanya dari 2 hingga 12 meter.

  • Saiz standard lebih murah, manakala panel panjang atau bentuk khas memerlukan pemprosesan tambahan.


5. Kuantiti Pesanan

Lebih banyak kuantiti => kos bahan mentah, penyediaan mesin, buruh, dan pengendalian boleh diagihkan => harga per meter persegi jadi lebih rendah.


6. Pemasangan & Penghantaran

Jarak penghantaran, berat panel, akses tapak, dan kompleksiti pemasangan mempengaruhi kos tambahan.


BRD menawarkan perkhidmatan “one-stop” termasuk penghantaran dan pemasangan di seluruh Malaysia.


Kesimpulan

Harga panel sandwich bukan hanya tentang kadar per meter persegi — ia gabungan bahan, spesifikasi, logistik dan perkhidmatan.

Oleh itu, penting untuk:

  • Mendapatkan sebut harga tersuai berdasarkan projek sebenar anda

  • Memahami apa yang termasuk dalam sebut harga (hanya material atau termasuk penghantaran + pemasangan)

  • Bekerjasama dengan pembekal dipercayai untuk elak kos tersembunyi atau mutu rendah.

eve project malaysia

Di BRD New Materials, kami menawarkan:

✅ Sebut harga pantas & tepat

✅ Panel PU & Rockwool yang disahkan SIRIM & BOMBA

✅ Perkhidmatan lengkap: bekalan + penghantaran + pemasangan

✅ Harga kilang terus dari Klang, Selangor dan China


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

WA +6011-2281 7777

WA +6011-2297 7777

EMAIL: sales@brdmy.com

Laman web yang berkaitan

PRODUK - PRODUK

HUBUNGI KAMI

: +60 11 2281 7777
:sales@brdmy.com
:+60 11 2281 7777
:Lot 577, Jalan Merbau, Kampung Perepat, Batu 7 1/2 Jalan Kapar, 42200 Kapar, Selangor, Malaysia.
Hak Cipta © BRD New Materials (Malaysia) Sdn.Bhd. Semua Hak Cipta Terpelihara Sokongan Teknikal: CoverWeb